PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN/KAJIAN
Konsep Kajian
Kajian boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan saintifik yang menggunakan kaedah munasabah untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu demi mewujudkan pengetahuan baru atau memurnikan pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini, kajian menggunakan data empirikal sebagai bukti untuk menyokong sesuatu tuntutan ilmu baru.
Ciri-ciri Kajian
· Dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik
· Langkah-langkah logikal
· Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.
· Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.
· Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah.
· Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
· Membuat kesimpulan dan generalisasi.
· Mematuhi kaedah saintifik
· Mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.
· Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum.
· Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus
Jenis-Jenis Kajian
· Kajian Tinjauan (Survey research)
· Kajian Kes
· Kajian Reka bentuk Eksperimen
· Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen (Quasi-experiment)
· Kajian Ex-pos Facto (After the fact)
· Kajian Tindakan
Kajian Tinjauan
· Tinjauan deskriptif
o memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan
· Tinjauan korelasi
o mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Pembolehubah perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar, dan kawalan (covariate)
Kajian Kes
· merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas, melibatkan kajian tentang suatu detik pada waktu tertentu
· suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu
· kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan “bagaimana” atau ` “mengapa” tentang sesuatu fenomena
Kajian Reka bentuk Eksperimen
· Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua atau lebih kumpulan dan di beri “treatment” yang berbeza
· “Treatment” merupakan pembolehubah bebas yang sengaja diaturkan (manipulated).
· Hasil atau kesannya dibandingkan ke atas sesuatu pembolehubah bersandar.
· Jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembolehubah bersandar, maka perbezaan ini adalah disebabkan oleh pembolehubah bebas.
Kajian Reka bentuk Kuasi-eksperimen
· kumpulan peserta adalah sedia ada, iaitu dalam "natural setting".
· Penyelidik boleh mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment (posttest), atau sebelum dan selepas treatment.
· Perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan; “treatment” ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang tidak dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi (natural setting).
Kajian Ex-pos Facto
· berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku
· Penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar
Kajian Tindakan
· suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan
· suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu
Kesahan
· berasaskan kepada bukti/ data yang ada dan persoalannya ialah adakah data/ bukti tersebut mencukupi untuk membuat claim.
· Keesahan adalah perlu untuk mentafsir (memberi makna kepada) data dalam usaha untuk membuat claim. Tafsiran boleh dibuat pada dua peringkat:
· Terhad kepada sampel sahaja (yang dikaji), iaitu soal `internal validity’.
· Diperluaskan kepada populasi yang dikaji, iaitu soal ` external validity’
Kebolehpercayaan
· merujuk kepada cara mengumpul data / bukti yang digunakan untuk membuat claim. Jika data dipungut menimbulkan keraguan ia akan menjejaskan kebolehpercayaan data dan menjejaskan “claim” yang dibuat.
· Kesesuaian dan kecukupan data, dan cara data dipungut ada hubungan langsung dengan rekabentuk kajian. Rekabentuk kajian perlu diberi perhatian untuk menentukan keutuhan data yang dipungut tidak dipertikaikan.
Tujuan Kajian
· Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction)
· Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program
· Memberi penjelasan
· Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena
· Membantu menyelesaikan masalah
Pendekatan Kajian Pendidikan
· Kajian kuantitatif
o kajian di mana data yang dikumpul berbentuk nombor-nombor
o memperjelaskan isu ini melalui penggunaan dan pengukuran angkubah-angkubah
· Kajian kualitatif
o datanya bukan dalam bentuk nombor-nombor
o isu boleh diterokai dengan meneliti perkara-perkara seperti hubungan interpersonel pemimpin organisasi dengan pelanggan dari perspektif responden kajian. Data boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain yang berkaitan
Proses Kajian
· 5 langkah asas
o Mengenal pasti focus/isu/masalah
o Merancang strategi kajian
o Melaksanakan strategi
o Mengumpul dan Analisis data
o Membuat kesimpulan / generalisasi (Mereflek)
· Proses Kajian
o Mengenal pasti focus/isu/masalah
o Merancang strategi kajian
o Melaksanakan strategi
o Mengumpul dan Analisis data
o Membuat kesimpulan / generalisasi
(Mereflek)
(Mereflek)
Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan